Friday 19 July 2013

Keindahan Dalam Paksaan



Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"

Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."

Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."

Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"

Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik lite yang ketiga setelah balai polis tu."

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."

Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."

Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.

Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.

Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"

Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."

Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"

Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."

Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)

Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.

Pemuda: "Terima kasih, abah."

Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"

Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."

Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama.

Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.
Segalanya mungkin.

Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.


# copy & paste. I like this story.

Wednesday 10 July 2013

Ramadhan

Lama aku x mnulis kt blog ni...hehe.
Hari ni 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan.
Semua umat islam berpuasa hri ni bgi mnunaikan rukun islam yg ke-3 iaitu berpuasa pda bulan Ramadhan. Puasa,, jgn x puasa naa... ;-)

D bulan yg penuh keberkatan ni, aku nk mntak maaf kt semua org yg mngenali diri aku ni...aku bukan lah mnusia yg smpurna n x terlepas dri mlakukan ksilapan, sama mcam org laen gak. Smoga bulan Ramadhan kali ni kita dpat sama2 perbaiki diri kita mnjadi lbih baek b'bnding taun2 lepas.

Slmat Berpuasa ye semua!! :-)




Wednesday 23 January 2013

Pesanan Utk Diriku



"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba....... datang tidak menentu masa...... datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!” Prof Dr Hamka

"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Tuesday 22 January 2013

Redha dgn ketentuan-Nya

Ya Allah,,aku takut sgt nk dpat rsult STAM nnt...adakah rsult STAM ak nnt akn memuaskan ramai pihak..? atau rsult STAM ak nnt ak buat ramai yg kcewa..?? aku tkut sgt. Ya Allah,,bantu r hambu-Mu ni...aku redha dgn sgala ketentuan-Mu...ak yakin,sekira nye kegagalan yg ak dpat,aku taw Engkau ingin menguji sjauh mana kebergantunganku pada-Mu...ak redha dgn sgla ketentuan mu Ya Allah...Sesungguh nya Engkaulah yg Maha Mengetahui lg Maha Bijaksana...Ameen~